Tips mix & match

Assalamualaikum..... Setiap wanita tentu ingin tampil cantik dan anggun dengan busana yang dipakai. Namun yang demikian, pakaian cantik dan elegan tidak semestinya memerlukan jenama yang terkenal dan mahal. Kadangkala busana yang cantik juga belum tentu sesuai dengan bentuk tubuh kita kan. Memakai busana yang cantik dan penampilan yang anggun akan menambahkan keyakinan dalam diri seseorang sekaligus akan membuatkan anda selesa dengan apa yang dipakai. 
Di sini faz nak kongsikan tips mix & match baju, skirt, tudung, beg tangan, kasut dan aksesori. Baju berwarna kuning sangat sesuai disuaikan bersama skirt hitam belang kuning. Kombinasi warna seperti ini sangat sesuai untuk mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis pear kerana pakaian bewarna cerah bahagian atas mampu menyeimbangkan tubuh yang besar di bahagian bawah. Baju kuning corak kosong, skirt hitam belang kuning sesuai dipadankan dengan shawl chiffon 4 color (separuh suku) kerana kombinasi ini mampu membuatkan anda kelihatan ceria... Lengkapkan penampilan anda dengan beg tangan warna hitam senada dengan kasut wedges yang akan membuatkan anda kelihatan ranggi & ceria :)
Untuk pengetahuan anda, baju, skirt dan tudung dalam gambar di bawah adalah koleksi terbaru dari Lady FAZ Shop :) Jika anda berminat boleh email kat faz mengenai koleksi ini yea...


TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN KULIT


TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN KULIT


  1. Kulit Putih/Cerah
Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yg sesuai sangat senang dan banyak. Jika anda berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam & biru terang. Jauhi memakai pakaian bewarna pastel seperti coklet dan biru muda kerana ia akan membuatkan anda nampak pucat.

  1. Kulit Sawo Matang
Orang Malaysia kebanyakkan berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard org Malaysia atau lebih tepat kulit orang melayu gitu. Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan menyerlah. Harus diingati anda yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, ia akan membuatkan anda kelihatan kusam. 

  1. Kulit Gelap/Hitam Manis
Untuk yang berkulit gelap serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan kelabu. Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap.  

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN



Salah satu cara untuk tampil menarik adalah dengab mengenakan pakaian yang tepat. Ramai yang bertanya kat faz macam mana nak suai padankan baju, seluar/skirt dengan tudung agar kita tak kelihatan seperti badut...Kebiasaannya faz akan memilih baju apa yang nak dipakai terlebih dahulu kemudian barulah faz akan suai padankan dengan seluar mahupun skit serta tudung. Untuk pengetahuan, akhir-akhir ni faz gemar sangat memakai skirt sebab rasa macam sopan gitu hihi.. al maklum la bila pakai skirt kan lebih besar tak melekat mcm seluar cumanya faz kena lebih bijak suaikan baju apa yang sesuai untuk dipakai bersama skirt agar personaliti muslimah terselah tatkala berfesyen. Ok di sini faz bagi beberapa tips macam mana nak padankan pakaian dari hujung rambut hingga hujung kaki. Harap tips ini dapat membantu anda yang masih ragu-ragu untuk menggayakan pakaian.

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN

  1. Kita boleh menggayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semulajadi seperti putih, coklet krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu mahupun merah. Gabungan warna semulajadi dan warna ceria mampu membuatkan anda nampak lebih ceria & muda. Namun yang demikian, jika anda tidak yakin bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau gabungkan warna tudung  merah & biru.


  1. Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan sebagainya, padankan seluar/skirt corak kosong (plain) warna senada dengan baju. Perlu diingati, jangan sesekali anda memakai baju corak bunga, seluar & tudung juga bercorak. Apabila semua yang anda pakai bercorak, ia hanya akan nampak berserabut. Ini harus di jauhi.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak     kosong (plain) senada.

  1. Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.  

  1. Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh badan anda terlebih dahulu. Tips berikut faz akan bagitahu mengenai tips memilih pakaian mengikut tubuh & warna kulit.

Lady FAZ Shop at Perbadanan Putrajaya

Assalamualaikum. Insya Allah Lady FAZ Shop akan buka booth di Perbadanan Putrajaya (berhadapan mahkamah) esok buat kali kedua, alhamdulillah.... Jommmmmmm semua datang booth Lady FAZ Shop... ada koleksi baru maxi dress long sleeve, long cardigan & dress (untuk online insya Allah faz akan update koleksi baru next week yea).