TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN BENTUK BADAN

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASAKAN BENTUK BADAN

Setiap wanita tentu ingin tampil cantik dan anggun dengan busana yang dipakai. Namun yang demikian, pakaian cantik tidak semestinya memerlukan jenama yang terkenal dan mahal. Kadangkala busana yang cantik juga belum tentu sesuai dengan bentuk tubuh kita kan. Memakai busana yang cantik dan penampilan yang anggun akan menambahkan keyakinan dalam diri seseorang sekaligus akan membuatkan anda selesa dengan apa yang dipakai. 
Sebenarnya faz bukan la seorang fashion designer atau perunding kecantikan.... Tapi segala tips ini hanya sekadar sharing dari apa yang faz tahu melalui khusus, pembacaan & rujukan.... tak salah kan untuk kita berkongsi ilmu... Kalau nak kongsi ilmu ada pelbagai ilmu.... Ilmu tak boleh dibawa mati pun.... sebar-sebarkanlah ilmu yang kita perolehi agar ia dapat memberi manfaat kepada orang lain. Jadi ini adalah salah satu ilmu yang faz tahu dan faz nak kongsikan ini kepada semua wanita yang inginkan bergaya cantik disamping mengekalkan identiti muslimah & menutup aurat.  Kali ini faz akan berkongsi tips memilih warna pakaian berdasarkan bentuk badan.

Badan gempal dan tinggi
Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.

Badan kurus dan rendah
Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian  dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy! 

Badan kurus dan tinggi
Untuk individu yang berbadan kurus dan tunggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklet serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.

Untuk mengetahui jenis pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu bentuk tubuh anda ketogori yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu :-

(a) Bentuk Badan Buah Pear

                                        

Bentuk Badan Buah Pear
Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.

Tips untuk bentuk badan buah pear : 
  1. Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
  1. Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.
  1. Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.
 (b) Bentuk Tubuh Epal


Bentuk Tubuh Epal
Dikatakan berbentuk epal karena tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.


Tips untuk bentuk tubuh epal : 
  1. Warna2 yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.
  1. Seluar dan skirt berpotongan lurus sesuai digayakan.
  1. Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.
  1. Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi.
  1. Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.
(c ) Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle


Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.

Tips untuk tubuh 4 segi :
  1. Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.
  1. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.
(d) Bentuk Jam pasir

Bentuk Jam pasir
Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggang sehingga terlihat seksi.

Tips untuk tubuh jam pasir :
  1. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian.
  1. Kepada yang tidak memakai tudung, anda boleh memakai pakaian bahagian atas (leher) jenis yang terbuka untuk menonjolkan bentuk bahu yang indah.
  1. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar  dengan potongan A-line  agar anda kelihatan ramping.
     4. Serlahkan penampilan anda dengan warna-warna ceria



1 comment:

  1. salam kenal...
    Terimakasih Artikelnya sangat membentu sekali untuk menyelesaikan tugas....
    oya klo tip intim kaos kaki murah gimana ya ...
    Treonsa dan moga makin sukses ...

    ReplyDelete