TIPS MEMAKAI PEPLUM


Assalamualaikum w.b.t
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda yang melayari blog Lady FAZ Shop.... SELAMAT DATANG kepada anda semuaaa.     

TIPS MEMILIH POTONGAN PEPLUM

Peplum, peplum, peplum masih hangat dan terus hangat fesyen peplum ini.... Tahukah uols peplum sebenarnya terkenal dengan panggilan 'overskirt' suatu ketika dahulu? Peplum dah mula dikenali sejak tahun 1950 lagi tau.... lama kan fesyen ni namun ia kembali pada zaman sekarang dengan diberi sentuhan baru. 

Faz pasti mesti ramai antara uols yang teringin & gemarkan menggayakan peplum kan? Tahu tak potongan peplum yang uols suka tu sesuai atau tak dengan tubuh badan dan imej uols? Jika uols salah memilih potongan peplum penampilan uols akan kelihatan janggal dan tidak cocok.... Sebelum uols menggayakan fesyen peplum ada beberapa perkara yang uols boleh pakai dan perlu elak. Di sini faz akan kongsikan beberapa tips... antaranya:-

1. Pemakai yang mempunyai potongan pinggul yang besar digalakkan memakai potongan peplum yang menutup penuh pinggul. Manis kan kalau imej sebegini :) 

2. Jika pemakai berperut buncit, uols digalakkan memakai potongan peplum labuh (menutup pinggul) dan pakai belt sederhana besar. Awas, uols dilarang pakai peplum pendek paras punggung yea.

3. Jika uols berbadan yang gempal/besar, potongan peplum yang sesuai dengan uols ialah potongan peplum bawah punggung iaitu paras peha uols. Pemilihan warna gelap seperti hitam, coklet dan bitu gelap sangat sesuai dengan uols. Elakkan peplum bercorak melintang yea kerana ia hanya membuatkan uols nampak lebih besar. Pilih peplum corak kosong dan padankan peplum bersama skirt lurus (tidak kembang) mahupun seluar jeans potongan lurus. Serlahkan penampilan dengan tudung bercorak warna sedondon.

4. Material kain adalah elemen yang sangat penting dalam penggayakan fesyen peplum. Ini adalah kerana sesetengan peplum kainnya jenis nipis jadi apabila uols menggayakan pakaian tersebut, segala bentuk badan akan nampak dengan jelas. Sangat tidak sesuai dengan imej wanita muslimah. Anda digalakkan memilih material jenis cotton kerana kain cotton lebih tebal. ELAKKAN memakai material jenis lycra kerana kain jenis ini melekat pada tubuh, seterusnya akan menampakkan bentuk badan dengan jelas! 

5. Peplum lazimnya dipadankan bersama skirt, palazzo dan seluar jeans mahupunmaxi dress tanpa lengan. Untuk pemilihan skirt sebaiknya potongan simple dan lurus. Elakkan memakai skirt yang berenda. Jika tidak anda akan kelihatan seperti kain langsir bergerak!

6. Lengkapkan penampilan fesyen peplum uols dengan menggenakan tali pinggang (belt) bersesuaian dengan potongan tubuh badan uols. 

 Fasha Sandha memakai peplum dan skirt potongan lurus ketika menghadiri sidang akhbar Anugerah Bintang Popular 2012. Di mata faz beliau nampak sempurna penggayakan fesyen peplum ini... Untuk pengetahuan semua, fesyen peplum juga sangai sesuai untuk ibu2 hamil kerana potongannya yang longgar dan selesa. 

 Contoh penggayaan peplum koleksi dari Lady FAZ Shop =) 
Material jenis cotton ini tidak nipis, selesa dan sesuai dengan imej wanita muslimah. Peplum ini dipakai bersama maxi dress tanpa lengan. 

 Koleksi terbaru dari Lady FAZ Shop
Material : Cotton
Saiz : Free size (fit to L size)

Koleksi terbaru dari Lady FAZ Shop
Material : Cotton
Saiz : Free size (fit to L size)

1 comment: