PEPLUM BLOUSE


Assalamualaikum w.b.t
Rasa-rasanya fesyen apa yang paling hot sekarang ni? Hmmmmm mesti kebanyakkan kita dah tau kan fesyen yang paling meletop dan digilai ramai ialah peplum. Ala-ala saloma gitu....Kalau anda nak tau gambar di bawah ni arwahyarhamah Saloma pakaifesyen peplum sangat terkenal suatu ketika dahulu arwahyarhamah Saloma. Glamor kan baju peplum ni...



Rata-rata bercerita pasal fesyen peplum dan shopping pun cari peplum kan... Mula-mula fesyen peplum keluar hanya jenama dari oversea je jual tapi sekarang di mana-mana pun ada jual.. Harganya pula tak la mahal sangat. Design peplum yang paling meletop ialah baju kurung moden peplum, peplum blouse dan juga maxi dress peplum. 

Pendapat peribadi faz semua design peplum sangat cantik dan sopan semestinya sesuai digayakan oleh wanita muslimah. Tapi anda kena tengok pada material juga yea sebab ada design peplum materialnya dari lycra yang melekat pada badan jadi bila pakai akan nampak tubuh badan dengan jelas sangat tidak sesuai untuk imej wanita muslimah. 

Peplum blouse sangat sesuai dipadankan bersama skirt labuh, palazzo, maxi dress tanpa lengan mahupun seluar jeans mengikut citarasa dan keselesaan anda. Gunakan kretiviti anda dengan menggabungkan peplum blouse bersama skirt mahupun seluar dengan warna-warna ceria agar keanggunan anda terserlah.

Baju kurung moden potongan peplum juga antara yang sangat meletop-letup dan mendapat permintaan yang sangat tinggi. Gaya pakaian ini cukup manis dan memberi imej anggun dan elegan kepada pemakai. Gaya baju kurung moden peplum ini boleh dibuat dalam bentuk labuh atau singkat, mengikut keselesaan dan citarasa pemakai, tetapi ramai yang gemarkan rekaan melepasi bahagian punggung seperti ala-ala saloma gitu. Pastinya raya tahun 2013 ramai wanita akan membuat tempahan baju kurung moden potongan peplum ini kerana inilah fesyen yang akan terus meletop sepanjang tahun 2013.

Kalau sebelum ni fesyen maxi dress tanpa lengan dan maxi dress lengan panjang menjadi trend wanita, tapi kini maxi dress peplum pula menjadi kegilaan ramai. Potongannya yang ringkas mampu membuatkan pemakain kelihatan trendy dan anggun tatkala menggayakan fesyen ini. Anda yang gemarkan berfesyen, jangan hadkan jenis pemakaian dan cuba pelbagaikan ia daripada segi rekaan, jenis fabrik mahupun perincian yang tidak terlalu menjolok mata sesuai dengan imej muslimah.

Cerita mengenai fesyen peplum ini, faz juga tidak terkecuali meminati gaya ini. Semestinya faz menggayakan terlebih dulu fesyen ni sebelum menjualnya kepada pelanggan. Buat masa sekarang, faz hanya menjual peplum blouse di mana anda boleh padankan ia bersama skirt labuh. Material jenis cotton tentunya selesa dipakai dan tidak ketat sesuai dengan imej wanita muslimah. Harganya hanya rm45 sahaja.


PEPLUM BLOUSE

 New Arrival!!

Peplum Blouse
Code Item PB 345- pink
Size : Free size (can fit till L size) 
Material : Cotton

(kain cotton tak ketat sesuai untuk gaya muslimah)
Untuk order sila pm/inbox di FB http://www.facebook.com/pages/Lady-FAZ-Shop/167255093342856 @ email : faz8501@yahoo.com!

 New Arrival!!

Peplum Blouse
Code Item PB 346- red
Size : Free size (can fit till L size) 
Material : Cotton
(kain cotton tak ketat sesuai untuk gaya muslimah)
Untuk order sila pm/inbox di FB http://www.facebook.com/pages/Lady-FAZ-Shop/167255093342856 @ email : faz8501@yahoo.com!


 New Arrival!!
Peplum Blouse
Code Item PB 347- green
Size : Free size (can fit till L size) 
Material : Cotton
(kain cotton tak ketat sesuai untuk gaya muslimah)
Untuk order sila pm/inbox di FB http://www.facebook.com/pages/Lady-FAZ-Shop/167255093342856 @ email : faz8501@yahoo.com!
New Arrival!!
Peplum Blouse
Code Item PB 348- black
Size : Free size (can fit till L size) 
Material : Cotton
(kain cotton tak ketat sesuai untuk gaya muslimah)
Untuk order sila pm/inbox di FB http://www.facebook.com/pages/Lady-FAZ-Shop/167255093342856 @ email : faz8501@yahoo.com!




No comments:

Post a Comment